Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Menunaikan Fardu Haji

Setiap pemohon yang berhasrat ingin menunaikan ibadat fardhu haji hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang pendaftaran haji. Borang pendaftaran haji boleh diperolehi di Pusat-Pusat Pendaftaran berikut :​

  1. Kaunter Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam BB3910.
  2. Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.
Borang permohonan hendaklah dihadapkan dan didaftarkan oleh pemohon atau keluarga pemohon itu sendiri dan bukannya diwakilkan kepada pegawai syarikat perkhidmatan pakej haji.

Setiap permohonan yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Borang pendaftaran haji bolehlah didapatkan di Pusat-Pusat Pendaftaran Haji dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) bagi setiap pemohon.




BORANG PENDAFTARAN HAJI MUSIM HAJI TAHUN 1438 HIJRAH / 2017 MASIHI

PENDAFTARAN HAJI 1438=2017.jpg
SURAT KELILING JABATAN PERDANA MENTERI BIL: 1/2017

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGURNIAAN TAMBANG BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI
BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1438 HIJRAH / 2017 MASIHI

18011701.JPG
18011702.JPG18011703.JPG18011704.JPG18011705.JPG